Adakah anda
tertanya-tanya bagaimana
untuk menjadi seorang isteri
yang lebih baik? Adakah
perkahwinan anda melalui
ranjau yang berliku dan anda sedang mencari
maklumat tentang bagaimana
untuk menjadi seorang isteri
yang lebih baik? Bagaimana
anda boleh menjadi seorang
isteri yang lebih baik
kepada suami anda?
Anda mungkin
merasakan seolah-olah
perkahwinan anda akan
melalui pelbagai masalah. Masalah tersebut
mungkin boleh dihadapi dengan tenang jika anda
seorang isteri yang
lebih baik. Sudah tentu,
suami anda juga perlu
berubah menjadi seorang suami yang baik juga, tetapi
terdapat beberapa perkara
yang anda boleh lakukan
untuk membantu meletakkan
perkahwinan anda kembali
di landasan yang betul
dengan menjadi seorang isteri
yang lebih baik. Teruskan
membaca untuk beberapa
tips mengenai apa yang
anda boleh lakukan.
Bertimbang rasa dan hormati suami anda
Salah satu
cara untuk menjadi seorang
isteri yang lebih baik
adalah dengan sentiasa bertimbang rasa dan menghormati suami anda. Suami
anda tetap seorang lelaki
yang mempunyai egonya yang tersendiri dan
dia mempunyai hak untuk
mempunyai pendapat sendiri
dan nafsunya. Anda haruslah sentiasa bijak dalam
situasi tersebut. Jika apa yang
anda lakukan adalah sentiasa mengomel
dan meleterinya, lebih cepat
dia akan berasa benci terhadap anda.
Biarkan suami anda buat apa sahaja yang dia perlu lakukan selagi ianya tidak
membawa masalah kepada perkahwinan anda dan tidak melanggar syariat Islam. Dia pasti akan
gembira dengan anda kerana sentiasa menghormatinya.
Memaafkannya
dan terus lupakan
kesalahan tersebut
Jika berlaku sebarang
perselisahan faham atau masalah, segeralah mencari penyelesaiannya. Jangan
biarkan masalah tersebut terus berlarutan. Bila penyelesaian sudah ditemui,
terus lupakan sahaja masalah tersebut. Jangan sekali-kali cuba untuk mengungkit
masalah itu kembali di masa hadapan. Ungkit mengungkit adalah sangat bahaya dalam perkahwinan!
Jangan melampau-lampau bila berlaku perselisihan faham
Setiap pasangan pasti tidak lari
dari berlakunya perselisihan faham. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula
suami isteri. Walau bagaimanapun,
apabila ia berlaku,
berhati-hati dan jangan melampaui batas seperti memukul,
meludah, memanggil
dia dengan namanya atau menyebut
tentang cerai. Jangan sekali-kali! Hanya
mengatakan apa yang
terlintas di fikiran
anda dalam tutur kata yang paling bijaksana dan berhemah.
Cuba untuk kekal tenang
sedaya mungkin dan bertolak-ansurlah dengan suami anda.
Sebolehnya jangan membawa api kemarahan anda sehingga ke bilik tidur.
Selesaikannya secepat mungkin dan kemudian terus lupakan pertelingkahan
tersebut.
Ungkapkan kata cinta kepadanya
Anda perlu
memberitahu suami anda
bahawa anda selalu menyayangi
dan mencintai dia. Semua orang
inginkan diri mereka dihargai dan sentiasa
berasa diperlukan. Amalkan amalan ini sekerap mungkin misalnya ketika suami
anda bertolak untuk pergi kerja di pagi hari dan ketika kepulangannya serta
sebelum tidur di malam hari. InsyaAllah hari-hari anda pasti akan lebih bahagia
di sisi suami.
Sentiasa membuat aktiviti bersama-sama
Ingatlah bahawa perkahwinan
melibatkan dua insan yang akan hidup bersama dan melayari bahtera perkahwinan
sehingga ke akhir hayat. Jadi, teramatlah penting untuk pasangan sentiasa
memahami dan sentiasa berinteraksi antara satu sama lain. Lakukan perkara-perkara
indah bersama-sama termasuklah juga ketika ingin melakukan sebarang aktiviti di
rumah seperti cuci rumah, memasak dan sebagainya. Selain dapat meningkatkan
jalinan mesra antara pasangan, sebarang kerja juga akan cepat untuk
diselesaikan bila dilakukan bersama-sama. Lakukan juga hobi anda bersama-sama
suami. Pasti seronok!
Selamat Mencuba. ^_^
Selamat Mencuba. ^_^
susah nk dukung cita2 suami kalu pelik sgt
BalasPadamtips perkahwinan yg menarik..
BalasPadamInsyaALLAH akan banyakkan lg tip perkahwinan :)
BalasPadamsuami susah nak faham masa isteri mengandung..suka ckp perkara yg mengguris hati isteri
BalasPadam