4 Kunci Penting Untuk
Perkahwinan Yang Menakjubkan
Kehidupan kini yang semakin maju
dan pantas menuntut kita untuk lebih berusaha dalam mengejar kejayaan hidup
lantas menyebabkan kita sering kali mengabaikan perihal perkahwinan kita yang
semakin hari semakin suram. Ini juga menyebabkan kebanyakan pasangan pada hari
ini terlepas pandang beberapa kunci utama dalam menjamin alam perkahwinan yang
bahagia dan menakjubkan.
Tahukah anda beberapa teknik dan
kunci yang paling berkesan dalam perkahwinan yang berjaya? Mendapatkan cinta
yang sebenar ialah langkah pertama yang perlu dilakukan untuk mencapainya. Kita
bukan bercakap mengenai cinta yang sekadar berlaku di bilik tidur atau
sebagainya yang zahir di mata, tetapi lebih daripada itu. Cinta yang diperlukan
ialah cinta yang sebenar-benarnya dan sedalam-dalamnya terhadap pasangan kita.
Cinta yang menjadikan kita sentiasa meletakkan diri kita dalam kedudukan dan
fikiran pasangan kita. Cinta yang menyebabkan kita akan melakukan apa sahaja
demi membahagiakan hidup pasangan kita. Itulah cinta yang perlu ada dalam
perkahwinan kita. Cinta yang sebegini menuntut kita bersikap lebih sabar,
banyakkan mendengar dengan penuh perhatian terhadap pasangan dan tidak
membangkitkan sebarang pertelingkahan yang tidak menunjukkan kematangan kita.
Anda sedar bahawa bersikap agresif dan sentiasa melebih-lebih dalam masalah
kecil bukanlah suatu penyelesaian terbaik dan pasti tidak akan menyenangkan
perasaan pasangan anda.
Namun, jangan jadikan seks
sebagai fokus utama walaupun seks merupakan salah satu faktor dalam mengekalkan
hubungan yang menggembirakan dan menyenangkan. Sebenarnya seks yang tidak
dirancang iaitu melakukan hubungan seks pada waktu-waktu tertentu secara
tiba-tiba dan ditambah sedikit kejutan kepada pasangan dapat menjadi penawar
kepada kebosanan dalam perhubungan. Tambahan lagi, belajar untuk mendalami
ilmu-ilmu berkaitan panduan seks dan hubungan romantik akan dapat menjamin
kebahagiaan yang lebih kepada pasangan.
Langkah kedua adalah meningkatkan
kemahiran komunikasi bersama pasangan. Statistik menunjukkan kebanyakan pasangan pada hari ini tidak
mengambil berat soal komunikasi ketika melayari bahtera perkahwinan. Hal inilah
yang menyebabkan mereka sering berselisih faham dan tidak menyelesaikan masalah
dalam perkahwinan mereka seterusnya membawa kepada perceraian. Belajar untuk
berkomunikasi dengan baik akan lebih mengukuhkan perhubungan anda. Komunikasi
ini termasuklah dengan sentiasa mendengar apa sahaja yang diberitahu pasangan,
elakkan bercakap perkara yang tidak berfaedah serta merumitkan keadaan dan juga
sentiasa bersikap jujur antara satu sama lain.
Langkah yang ketiga adalah dengan
dengan sentiasa melengkapi dan bertolak-ansur dengan pasangan. Menjadi pemenang
dalam sesuatu pertengkaran kecil atau besar bukan termasuk dalam matlamat
perkahwinan. Perkahwinan yang bahagia terhasil daripada sikap bertolak ansur
dan sanggup melupakan kepentingan diri demi kebahagiaan pasangan dan seterusnya
menjamin perkahwinan yang berkekalan. Pasangan yang gagal untuk berfikiran
terbuka dan bertolak ansur dengan kekurangan pasangan pasti akan menjerumuskan
perkahwinan mereka ke dalam masalah yang lebih besar seperti berlakunya
perceraian.
Langkah yang terakhir adalah
dengan berkongsi minat, keinginan dan matlamat perkahwinan bersama pasangan.
Jika anda dan pasangan mempunyai matlamat yang berlainan dalam perkahwinan,
ianya akan menyukarkan anda untuk terus mengekalkan hubungan yang bahagia. Asas
perkahwinan yang mantap biasanya dipengaruhi oleh keinginan yang hampir sama
antara pasangan. Untuk itu, sentiasalah mencipta kenangan yang terindah bersama
pasangan dan sering diingati agar ianya dapat mengembangkan minat dan
menyegarkan perhubungan perkahwinan setiap masa walaupun semakin berusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan